Wednesday, 22 April 2015

ACCOUNTING IS EASY

Kenapa saya kata senang.
Kerana adakah ada perkara didalam dunia ini yang senang??

Pergilah ke mana-mana tempat pun keadaan, situasi, masalah tidak akan pernah yang senang.

Namun, kita yang menentukan samaada ianya mudah atau tidak.

Baik!! Akaun adalah mudah apabila anda faham konsepnya.

Apa konsepnya? Anda perlu tahu NORMAL BALANCE setiap jenis Tajuk Besarnya.

Apa tajuk besar tu?? Ianya adalah ASSET, EXPENSES, REVENUE, OWNER'S EQUITY dan LIABLITY.
Anda kena faham perkara lima ini.

Baik!! Saya perlukan anda untuk mengambil sekeping kertas dan lukiskan bentuk + secara besar atau separuh kertas tersebut. Pertamanya lipat kertas kepada dua. Kertas pada posisi Portrait dan lipat atas kebawah. Macam biasa.


Baik!! Lukis dah ke.? Ok. 



jadilah ianya macam ni. Ok!!
Mesti ada yang tak fahamkan. Macam ni. Ini adalah yang paling basic. Anda perlu tahu hal ini. Dapat kawal ini anda akan success. 
Saya tanyakan satu soalan berkaitan Asset dan owner's equity.
Soalan: Ali brought in motor vehicle and cash amounting RM 50 000 and RM 10 000 respectively.

Jadi, penyelesaiannya:
DR Assets - MV     50000
                  - Cash    10000
CR Owner's equity 60000

Baik!! faham x.??
Sangat mudah. anda perhatikan bagaimana ayat tersebut. Brought in membawa erti bawa masuk kedalam business. Jadi apa-apa yang dibawa kedalam bisnes akan menjadi assets syarikat dan apa-apa yang dibawa masuk oleh owner akan menjadi Owner's Equity atau milikan pemilik atau apa yang dimiliki pemilik.

Jadi.. Selamat mencuba.

Ini adalah ilmu yang diberikan oleh Pensyarah saya Miss Ainon Mardhiah. dan saya kongsikan kepada anda.
Selamat beramal dan have some idea to become a successful person.
Terbelenggu diantara Cinta dengan Ibubapa

Mana-mana kita menjelajah kita pasti akan ketemu cinta.
Cinta kepada Allah, Rasulullah, ibu bapa kita, sahabat dan selainnya.

Namun, kita pasti akan terbelenggu dengan Cinta kepada si dia dengan Cinta kepada Ibu bapa.
Bagaimana mungkin kita akan terbahagi dua cinta ini? No no no, jangan tidak tahu zaman kita sekarang disebabkan cinta inilah akan mengubah seluruh kehidupan kita.

Toib!! Fitratul Insan. Setiap kita akan ingin rasa cinta. Namun, bagaimana caranya hendak menyatukan cinta ini? Tanyalah kepada yang pakar. Klise sangat jawapan tu, aku pun tahu, ana pun tahu, la adri!! aik.. boleh pulak macam  tu ye.

Toib!! Mudahnya bercinta, dengan hanya pandangan mata kita jatuh cinta. Dengan dengar suaranya kita jatuh cinta. Hebat cinta ni ye. Ajarkan aku tentang cinta. Tanyalah mana-mana orang pun, mereka akan tanya kepada yang lebih aula dalam bab cinta. Terutamanya ibu  bapanya. Bagaimana mereka jatuh cinta? Macam mana lama kekal selamanya? Hah, Ibu bapa juga dicari bila ingin tahu tentang cinta. Typical!!

Toib!! Bila kita sudah temukan cinta, jangan kita lupa jasa yang telah dicurahkan. Jangan apabila sudah temukan cinta, kita lupa ibubapa!! Sebelum bercinta kita boleh bercakap dengan ibubapa setengah jam, tapi bila dah bertemu cinta ibubapa telefon tiga puluh saat belum tentu!! Jadikanlah, panggilan telefon yang dibuat itu adalah yang paling lama buat ibubapa.

Kita belum kenal hatinya si dia. Kita baru kenal luarannya sahaja. Belum dalamannya. Bagaimana hendak kenal dalamannya? Kenal cara dia dengan ibubapanya.

Jujurlah dalam bercinta. Usah berbohong. Kenali kekuatan diri dan kelemahan sendiri. Belum tentu si dia menjadi milik kita. Ibubapa kita kenal diri kita dari kecil kita hingga besarnya kita. Balas jasa mereka seiring sejalan kita kenal si dia.

Moga-moga kita tergolong dalam anak yang soleh.